Global

Polis Israel siasat insiden letupan di Tel Aviv

Polis Israel sedang menyiasat insiden letupan yang mengorbankan seorang mangsa di Tel Aviv pada Ahad.

TEL AVIV: Polis Israel sedang menyiasat insiden letupan yang mengorbankan seorang mangsa di Tel Aviv pada Ahad. Komander daerah dan Timbalan Pesuruhjaya Tel Aviv, Peretz Amar, berkata insiden itu mungkin berkaitan dengan serangan pengganas.

“Kami masih belum pasti dan sedang memeriksa semua kemungkinan. Setakat ini, saya boleh katakan bahawa ia mungkin merupakan tindakan pengganas atau jenayah, dengan kemungkinan pengganas lebih besar,” katanya.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Tel Aviv mengesahkan dalam kenyataan bahawa insiden tersebut adalah letupan bom. Akibat letupan itu, seorang mangsa yang identitinya masih tidak diketahui terbunuh, manakala seorang lagi dilaporkan cedera.