Sukan

Piala Dunia Qatar: Rashford, Foden bawa England ke pusingan 16

Marcus Rashford (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol ketiga pasukannya ketika perlawanan Piala Dunia kumpulan B antara England dan Wales, di Stadium Ahmad Bin Ali, Al Rayyan, Qatar, 29 Nov 2022. (Foto AP)

MARCUS Rashford dan Phil Foden membintangi perlawanan ketika membantu England mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia sebagai juara Kumpulan B dengan kemenangan 3-0 ke atas Wales sebentar tadi.

Kemenangan menyaksikan aksi pusingan 16 bertemu naib juara Kumpulan A, Senegal Ahad ini buat England, sementara Wales tersingkir di Qatar tanpa sebarang kemenangan buat pertama kali dalam kejohanan utama.

Foden turun dalam kesebelasan utama di Stadium Ahmad bin Ali selepas diketepikan ketika seri tanpa jaringan dengan Amerika Syarikat dan memenangi sepakan percuma yang disempurnakan Rashford pada minit ke-50.

Bintang Manchester City itu melanjutkan kelebihan beberapa minit kemudian sebelum Rashford menggandakan jaringannya untuk menyingkirkan Wales, sementara AS mengatasi Iran untuk mara sebagai naib juara.

Sumber: Astro Arena