Khabar angin mengenai pelantikan Nafuzi sebagai pengendali Harimau Muda untuk menggantikan Juan Torres Garrido ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Walaupun begitu, tiada pengesahan rasmi diterima setakat ini, dan pengumuman rasmi hanya akan dibuat jika perpindahan tersebut benar berlaku.
Sebahagian penyokong tempatan percaya bahawa masalah kewangan yang dihadapi Sang Kenari menjadi faktor utama bekas jurulatih Terengganu itu mungkin meninggalkan pasukan tersebut.
Sebelum ini, wartawan Astro Arena, Karl Nunis, turut memberikan bayangan bahawa seorang jurulatih ternama bakal meninggalkan kelabnya.