Saifudin Nasution (kiri) dan Filipo Grandi (kanan) di Ibu Pejabat UNHCR New York, Amerika Syarikat
New York, 21 September 2023 – Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, telah bertemu Pesuruhjaya Tinggi PBB mengenai pelarian (UNHCR) Filipo Grandi di pejabatnya sempena lawatan kerja rasmi di Amerika Syarikat.
Isu pelarian adalah isu sejagat dan ianya perlu diseimbangkan dari segi aspek keselamatan dan juga kemanusiaan di mana Malaysia turut tidak terkecuali menghadapi cabaran ini seperti mana negara-negara lain.
Pada pertemuan ini, banyak isu sejagat dibincangkan bersama dan lebih menfokuskan kepada perbincangan penyelesaian masalah pelarian Rohingya di Malaysia serta peranan UNHCR untuk menempatkan pelarian ke negara ketiga.
Sumber: Facebook Saifuddin Nasution Ismail