Tempatan

Malaysia komited untuk memperkukuh bidang keselamatan antara negara dan serantau

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail ketika  bertemu Christopher A. Wray, Pengarah Federal Bureau of Investigation (FBI) di Washington baru-baru ini.

Washington, 22 September 2023 – Malaysia komited untuk memperkukuh bidang keselamatan antara negara dan serantau, jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail ketika bertemu Christopher A. Wray, Pengarah Federal Bureau of Investigation (FBI) di Washington.

Pada pertemuan itu, Menteri Dalam Negeri turut di temani bersama oleh Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar (Timbalan Ketua Setiausaha – Dasar dan Kawalan) dan Tan Sri Razarudin Husain ​(Ketua Polis Negara) bagi membincangkan perkara ini.

Pertemuan tersebut memberi fokus tentang kerjasama risikan dan siasatan, kes-kes berprofil tinggi serta aspek pembangunan kapasiti. Melalui persefahaman yang baik, banyak yang boleh dicapai secara bersama.

Sumber: Facebook Saifuddin Nasution Ismail