Global

MAJLIS MENANDATANGANI KONTRAK KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN) SEMPENA PAMERAN DEFENCE SERVICES ASIA (DSA) 2024 DAN NATIONAL SECURITY (NATSEC) ASIA 2024

Majlis Menandatangani Kontrak antara Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan industri telah diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sempena Pameran DSA 2024 dan NATSEC 2024. Majlis ini telah menyaksikan penandatanganan 14 kontrak antara KDN dan syarikat-syarikat tempatan.

Upacara penandatanganan kontrak tersebut telah dijalankan oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KDN, dan disaksikan oleh beberapa pegawai tinggi KDN termasuk YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri; YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri; YBrs. Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN; YBrs. Encik Badrul Hisham bin Alias, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); serta Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Antara kontrak berimpak tinggi yang telah ditandatangani termasuklah perolehan Kapal Pengangkut Kelas Policetransport Vessel Pelbagai Kegunaan untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai kapal pengangkut barang, kapal induk (Mother Ship), serta kapal latihan. Selain itu, APMM turut memperoleh empat buah helikopter Medium Lift.

Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa pegawai kanan lain seperti YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan); YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan); serta YBhg. Dato’ Sri Hazani bin Ghazali, Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA).

Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri