Global

KUNJUNGAN HORMAT OLEH PENGERUSI DAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SURUHANJAYA BEBAS TATAKELAKUAN POLIS (IPCC) KEPADA PENGERUSI SURUHANJAYA INTEGRITI AGENSI PENGUATKUASAAN (EAIC)

YBhg. Datuk Zolkopli Dahalan, Pengerusi Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) bersama dengan Puan Siti Jalilah binti Abd Manap, Ketua Pegawai Eksekutif IPCC, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Bakar.

Kunjungan ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dengan YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Bakar bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara IPCC dan EAIC. Menerusi pertemuan ini, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berhubung dengan inisiatif perkongsian sumber sistem maklumat dan tenaga pakar, cadangan penambahbaikan perkhidmatan serta libat urus yang berterusan.

Perkara-perkara yang dibincangkan ini berupaya membantu IPCC melaksanakan fungsi dan peranannya sebagai badan pemantau bebas secara lebih efektif dan efisien melalui perkongsian maklumat dan kepakaran.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dr. Ismail Bakar kerana sudi menerima kunjungan hormat ini.

Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri