KesihatanTempatan

KKM tawar 4,914 jawatan tetap

DR ZALIHA: Saya harap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap dan betul. – Gambar fail Awani

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini mengumumkan penawaran 4,914 kekosongan jawatan tetap bagi tahun ini.

Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata, ia merangkumi 4,263 jawatan bagi pegawai perubatan, pegawai pergigian (335) dan pegawai farmasi (316).

Menurutnya, permohonan itu dibuka bermula hari ini sehingga 21 Jan depan dan boleh dipohon menerusi portal https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2573

“Saya berharap calon yang layak dapat mengisi permohonan dan mengemukakan segera maklumat yang lengkap dan betul,” katanya.

Beliau berkata demimian ketika berucap pada majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM di sini, hari ini.

Sumber : Astro Awani