Tempatan

Kerajaan MADANI Utamakan Reformasi Tatakelola dan Integriti

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi perjumpaan dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola Integriti dan Anti Rasuah Dewan Negara di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Agenda reformasi dalam tatakelola pentadbiran, selain isu integriti dan antirasuah terus menjadi tekad dan keutamaan Kerajaan MADANI dalam merancang hala tuju negara yang lebih baik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perkara ini semasa sesi perjumpaan dengan Ahli-Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Tatakelola Integriti dan Anti Rasuah Dewan Negara di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

“Walhasil, pelbagai isu telah dibincangkan dalam menjulang agenda reformasi yang dirancang ini termasuk mengadakan sesi libat urus selain mengesyorkan cadangan penambahbaikan agar usaha dalam mereformasikan institusi dapat dilaksanakan secara menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.