Leong Jun Hao pemain badminton perseorangan lelaki dari Malaysia mencipta sensasi dengan pukulan ‘smash’nya yang diiktiraf sebagai yang terpantas sepanjang kempen Piala Thomas Chengdu 2024 yang berakhir pada Ahad yang lalu.
Menurut Badminton World Federation (BWF), pukulan Jun Hao mencapai kelajuan 482.0 kilometer sejam (km/j) menjadikannya paling pantas diikuti oleh dua pemain China, Li Shifeng dengan 480.7 km/j dan Jonatan Christie dari Indonesia dengan 479.0 km/j.
Manakala Lee Zii Jia berada di tempat keempat dengan kelajuan 476.9 km/j diikuti oleh Nadeem Dalvi dari England di tempat kelima (469.9 km/j) dan Lin Chun-Yi dari Taiwan di tempat keenam dengan kelajuan 463.3 km/j.
Viktor Axelsen pemain nombor satu dunia dari Denmark, berada di tempat ketujuh dengan kelajuan 462.3 km/j diikuti oleh Lee Cheuk Yiu dari Hong Kong dengan kelajuan 460.8 km/j.
Ramsus Gemke dari Denmark dan Anthony S Ginting dari Indonesia masing-masing menduduki tempat kesembilan dan kesepuluh terpantas dengan kelajuan 459.8 km/j dan 456.1 km/j.