Tempatan

KDN: Lawatan kerja dan mesyuarat penyelarasan isu-isu pencerobohan tanah kegunaan PDRM di Perak.

Manjung, 15 September 2023 – YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengadakan Lawatan Kerja dan mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Isu-Isu Tanah Pasukan Polis Marin Wilayah 1, Kg. Acheh, Perak dan Lawatan Kerja ke Pulau Pangkor, Perak bagi Melihat Isu Pencerobohan Tanah Kegunaan PDRM.

Turut hadir YBrs. Puan Norhafiza binti Mohd Azmi TSUB Bahagian Pembangunan, YDH SAC Low Kim Piew wakil PDRM Bukit Aman, YDH SAC Norzaid bin Muhammad Said, Komander Pasukan Polis Marin PDRM, ACP Shamsol bin Kassim, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 dan DSP Chong Boo Khim, Timbalan Ketua Polis Daerah Manjung

Gambar sekitar lawatan tapak dan mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Abdul Halim bin Hj. Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Sumber: Facebook Kementerian Dalam Negeri