Tempatan

Bengkel Pemantauan Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE) Kementerian Dalam Negeri Tahun 2023

YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN)

KUALA LUMPUR, 21 September 2023 – Bengkel Pemantauan Prestasi Perbelanjaan Peruntukan Pembangunan (DE) Kementerian Dalam Negeri Tahun 2023 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang berlangsung di Hotel Pullman.

Bengkel ini adalah anjuran oleh Bahagian Pembangunan bersama Bahagian Perolehan, Kementerian Dalam Negeri. Objektif utamanya adalah untuk menyemak semula unjuran bagi tempoh September hingga Disember 2023 bagi mengunci satu jumlah lebihan yang akan digunakan untuk menentukan hala tuju pengurusan baki peruntukan yang tidak dapat dibelanjakan.

Hadir sama adalah YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Encik Haji Khairuddin bin Bakar, Setiausaha Bahagian Perolehan Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Puan Chan Hong Jin, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Encik Ruslan bin Atan, Ketua Pejabat Pasukan Petugas Khas NIISe Kementerian Dalam Negeri, YBrs. Puan Norhafiza binti Mohd Azmi, Timbalan Setiausaha Bahagian (Bajet) Bahagian Pembangunan Kementerian Dalam Negeri serta YBrs. Puan Hanani binti Sapit, Pengarah Bahagian Pemantauan Pembangunan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Barisan pimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri

Barisan pimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri bersama peserta bengkel dan wakil agensi

Sumber: Facebook Rasmi Kementerian Dalam Negeri