Tempatan

KBS ada kanvas sendiri lindungi padang SNBJ, kenapa Peja tak beli sebelum ini?

Ini membuatkan netizen tertanya-tanya mengenai kewibaan Peja yang memegang jawatan itu sebelum ini

Kuala Lumpur : Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kini memiliki kanvas melindungi padang mereka sendiri. Dahulunya kanvas ini dipinjamkan dari kelab selatan tanah air, Johor Darul Takzim (JDT).

Ini membuatkan netizen tertanya-tanya kewibawaan Peja yang memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan tapi tak mampu untuk menyediakan kanvas untuk SNBJ. Sedangkan penggunaan kanvas itu sudah cukup untuk memastikan padang tidak ditangkungi air dan cepat rosak ketika bermain dalam hujan.

Menteri KBS sebelum ini hanya mementingkan naik taraf padang berbanding penyelengaraan padang yang mampu menjimatkan lebih banyak kos KBS.

Tak sampai sebulan mengemudi KBS, Hannah Yeoh berjaya menurunkan harga tiket di SNBJ, membeli kanvas dan mendapatkan hak penyiaraan Free-to-view bagi kejohanan bola sepak AFF.

Netizen berharap Hannah Yeoh dapat mengemudi KBS dengan lebih baik di masa hadapan.