
ATHENS: Lebih 2,000 kakitangan penjagaan kesihatan di Greece yang digantung kerja kerana menolak vaksinasi COVID-19, kembali bekerja mulai semalam.
Ia susulan keputusan Majlis Negara Greece membatalkan arahan penggantungan tugas yang dikuatkuasakan sejak 16 bulan lalu.
Persekutuan Pekerja Hospital Awam Panhellenic berkata, kepulangan pekerja Sistem Kesihatan Nasional dan perkhidmatan ambulans E-KAB itu memberi nafas baharu kepada sistem perlindungan kesihatan Greece.
Panhellenic, dalam kenyataannya berkata, sekiranya Majlis Negara tidak membuat keputusan positif itu, kakitangan berkenaan berdepan risiko kehilangan pekerjaan.
menurut kenyataan sama, kakitangan terbabit sebelum ini buntu berhubung peluang kembali berkhidmat selepas Menteri Kesihatan, Thanis Plevris, berulang kali menegaskan keengganan mereka menerima vaksin COVID-19 boleh menyebabkan penamatan perkhidmatan.
Kumpulan itu turut menegaskan, biarpun Majlis Negara sudah membuat keputusan, kekurangan kronik pekerja sektor kesihatan awam Greece belum dapat diselesaikan.
Sehubungan itu, kerajaan digesa menawarkan jawatan tetap kepada semua kakitangan kontrak dan mengambil lebih ramai baharu bagi sektor itu.
Sumber : AGENSI
