Tempatan

JSPT Selangor tawar diskaun saman trafik terpilih sehingga 50 peratus

Sempena Hari Bertemu Pelanggan JSPT Selangor pada 21 dan 22 Disember ini, orang ramai berpeluang membayar saman tertunggak dengan menikmati diskaun sehingga 50 peratus. – Gambar fail Awani

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang membayar saman tertunggak sempena Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, bermula 21 hingga 22 Disember ini.

Menerusi kenyataan di media sosial, JSPT Selangor berkata, diskaun diberikan sehingga 50 peratus bagi kesalahan trafik terpilih.

“Pembayaran saman boleh dilakukan di semua kaunter Trafik Daerah Kontinjen Selangor bermula jam 8 pagi hingga 4 petang,” katanya.

Sumber : Astro Awani