Sukan

“IT’S A YES!” – AZIZULHASNI TERUSKAN PERJUANGAN MENUJU LA28

Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima lampu hijau daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk meneruskan perjuangannya menuju Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Perkhabaran itu cukup bermakna buat jaguh berbasikal trek negara berkenaan sehingga beliau menitiskan air mata kelegaan. Keputusan tersebut menamatkan tanda tanya mengenai masa depan dan bentuk sokongan yang akan diterimanya bagi meneruskan misi Olimpik.

Menerusi hantaran di media sosial, Azizulhasni melahirkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang terus berdiri teguh di belakangnya. Beliau turut menghargai KBS dan MSN kerana masih memerlukan khidmatnya untuk negara.

Pemenang pingat perak Olimpik Tokyo 2020 dan gangsa Rio 2016 itu dijangka menjadi antara pelumba trek negara yang memburu mata kelayakan ke LA28. Azizulhasni memaklumkan bahawa kenyataan rasmi mengenai perancangannya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.