
Penduduk Palestin menerbangkan 69 layang-layang dari Pantai Gaza sempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-69 sebagai tanda kasih dan penghargaan kepada rakyat negara ini.
Kesemua layang-layang tersebut dihasilkan sendiri oleh warga Palestin. Antara yang menarik perhatian ialah sebuah layang-layang berbentuk heksagon yang dihiasi corak Jalur Gemilang oleh kanak-kanak Gaza.
Rakaman yang dikongsikan menerusi akaun Cinta Gaza Malaysia turut memperlihatkan Jalur Gemilang berkibar di pantai berkenaan. Video itu dilaporkan dirakam sebelum pihak Israel melarang permainan layang-layang di Gaza.
Seorang wakil penduduk Gaza turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana terus berdiri bersama mereka. Sokongan berterusan itu disifatkan sebagai sumber kekuatan dan jambatan kasih yang menghubungkan Gaza dengan Malaysia meskipun dipisahkan jarak yang jauh.




