
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Oktober ini.
Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia masih kekal pada RM2.95 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah iaitu pada kadar RM2.15 seliter sepanjang tempoh berkenaan.
Penetapan harga ini dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu.
