
Harga runcit petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing meningkat sebanyak 35 sen seliter bagi tempoh 17 hingga 23 September 2026.
Harga RON97 ditetapkan pada RM4.85 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi meningkat kepada RM4.37 seliter. Diesel tanpa subsidi pula dijual pada harga RM5.27 seliter.
Bagaimanapun, harga RON95 bersubsidi menerusi program BUDI MADANI RON95 kekal pada RM1.99 seliter untuk rakyat Malaysia yang layak. Harga diesel bersubsidi juga kekal RM2.10 seliter.
Penetapan harga mingguan itu dibuat berdasarkan trend pasaran minyak global. Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran bagi memastikan kestabilan bekalan dan melindungi pengguna yang layak menerima subsidi.




