Tempatan

Gaji Pegawai Perubatan KKM Mengikut Penilaian Akhir Kontrak

Dr Dzulkefly berkata, kelulusan khas tersebut juga akan digunapakai sekiranya dilantik secara kontrak interim pada masa hadapan.

Pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak yang dilantik secara tetap di Kementerian Kesihatan (KKM) akan menerima gaji berdasarkan gaji akhir semasa lantikan kontrak mereka setelah proses penilaian dijalankan.

Menteri KKM, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa kelulusan khas ini juga akan diterapkan jika mereka dilantik secara kontrak interim pada masa akan datang.

“Oleh itu, dakwaan bahawa kerajaan tidak mengambil kira pengalaman dan memberi gaji yang rendah (kembali ke asas) adalah tidak tepat.

“Ini kerana segala pergerakan gaji tahunan di jawatan kontrak turut diambil kira untuk penetapan gaji permulaan di jawatan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA),” katanya pada Jumaat.

Terdahulu, seramai 422 pegawai perubatan lantikan kontrak KKM akan melengkapkan tempoh maksimum kontrak tujuh tahun mulai bulan ini hingga November, nanti.

Pegawai perubatan yang mengakhiri kontrak mereka tahun ini berpeluang untuk memohon melalui urusan pengambilan khas yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada bulan ini.