Tempatan

Dewan Rakyat Lulus Pindaan RUU Perlembagaan Persekutuan 2024 Mengenai Kewarganegaraan

Rang Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2024 mengenai kewarganegaraan telah diluluskan di Dewan Rakyat dengan sokongan 206 undi. Terima kasih kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas usaha gigih dalam melaksanakan libat urus, kajian, dan kertas kerja yang menyokong pindaan ini.

“Pindaan ini bertujuan memberi manfaat yang terbaik kepada rakyat Malaysia, dan penghargaan juga diucapkan kepada ahli Dewan Rakyat atas kepercayaan yang diberikan kepada saya dan pasukan KDN.

Saifuddin Nasution

Infografik ringkas mengenai intipati pindaan ini akan dikongsikan untuk rujukan semua, dan lebih banyak penerangan akan disampaikan dalam hantaran akan datang.