SukanGlobal

Bundesliga: Harry Kane kian berbisa di Bayern Munich

Jaringan Kane itu melengkapkan minggu yang hebat buatnya selepas isteri penyerang itu melahirkan anak keempat pasangan itu. – Foto AP

BAYERN 3 AUGSBURG 1

Harry Kane merakamkan dua gol dalam penampilan sulung Bundesliga ketika Bayern Munich menewaskan Augsburg 3-1, awal pagi tadi.

Ketua pasukan England itu meletakkan Bayern 2-0 di depan ketika rehat melalui sepakan penalti pada minit ke-40 sebelum meraih gol keduanya selepas 69 minit permainan di Allianz Arena.

Bayern mula memimpin permainan apabila Felix Uduokhai secara tidak sengaja tertampan bola ke gawangnya sendiri selepas rembatan Leroy Sane terkena dari tiang.

Jaringan Kane itu melengkapkan minggu yang hebat buatnya selepas isteri penyerang itu melahirkan anak keempat pasangan itu.

“Menjaringkan gol adalah sebab utama saya berada di sini dan adalah bagus saya dapat mencetak dua gol pada hari ini,” kata Kane dalam wawancara TV selepas perlawanan.

“Saya juga terlepas satu peluang terhidang tetapi secara keseluruhannya, saya gembira dengan keputusan ini selain turut menyumbang.”

Sumber: Stadium Astro