Kakitangan dan pelawat di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) di sini telah diberi arahan untuk meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 3.40 petang.
Tindakan tersebut disebabkan oleh wujudnya ancaman bom yang dilaporkan di tingkat 14 bangunan tersebut.
Insiden ini juga dikongsikan oleh Penolong Kanan Naib Presiden Kandungan Berjenama Astro AWANI, Zaiful Mohd Ariffin yang berada di tempat kejadian untuk menghadiri sebuah mesyuarat.
Menurut Zaiful, bungkusan tersebut didakwa dihantar menggunakan perkhidmatan penghantaran.
“Kakitangan kementerian telah melihat bungkusan berkenaan dan ia dilihat seperti bom. Ketika ini kita masih belum tahu mengenai bungkusan tersebut.
“Tetapi sebagai langkah keselamatan, kakitangan telah diarahkan untuk mengosongkan bangunan,” katanya.
Difahamkan, pasukan Penyelamat dan Bomba Malaysia (JBPM) serta Unit Pemusnah Bom telah tiba di tempat kejadian.
Sumber: ASTRO AWANI