SukanTempatan

AARON-WOOI YIK MARA, BAKAL BERENTAP DENGAN RAKAN SENEGARA

– Foto Bernama –

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia di New Delhi, India selepas menewaskan pasangan Thailand, Peeratchai Sukphun-Pakkapon Teeraratsakul.

Aaron-Wooi Yik bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mencatat kemenangan 15-21, 21-11, 21-18 dalam pertarungan selama 53 minit di Stadium Tertutup Indira Gandhi. Mereka sebelum itu menerima bye pada pusingan pertama.

Cabaran seterusnya menyaksikan mereka berdepan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, yang menyingkirkan pasangan China, Huang Di-Liu Yang, dengan kemenangan 21-14, 21-15.

Pertembungan sesama wakil Malaysia itu dijangka menjadi tumpuan apabila kedua-dua pasangan memburu tiket ke suku akhir kejohanan berprestij berkenaan.