PolitikJenayah

PRN NEGERI SEMBILAN: POLIS BUKA DUA KERTAS SIASATAN KES KHIANAT

– Foto Bernama –

Polis Kontinjen Negeri Sembilan membuka dua kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya selepas menerima laporan mengenai perbuatan khianat terhadap bahan kempen dan sebuah kenderaan di Kuala Klawang, Jelebu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata pihaknya menerima tiga laporan polis sepanjang dua hari pertama kempen PRN Negeri Sembilan ke-16. Dua daripadanya melibatkan bendera Pakatan Harapan, banting serta sepanduk yang dipercayai dirosakkan sebelum dibuang ke dalam longkang. Terdapat juga kesan torehan pada bampar sebuah kenderaan selepas pemasangan bendera parti.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda. Polis turut memaklumkan keadaan keselamatan sepanjang proses pilihan raya masih baik dan terkawal.

Setakat ini, sebanyak 109 permohonan permit politik diterima dan 107 daripadanya telah diluluskan selepas memenuhi syarat yang ditetapkan.