
KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan kegagalan semua calon parti baharu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Rafizi Ramli dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai petunjuk jelas bahawa parti tersebut masih gagal meraih kepercayaan pengundi.
Exco AMK, Dzul Himli Zainol berkata, Rafizi bukan sahaja dikritik ketika memegang jawatan Menteri Ekonomi, malah kini turut berdepan tamparan apabila kesemua calon parti baharu itu hilang deposit selepas gagal memperoleh sokongan mencukupi daripada pengundi.
Menurut beliau, keputusan itu membuktikan bahawa rakyat lebih menilai rekod prestasi, kestabilan dan keupayaan sesebuah parti dalam mentadbir berbanding retorik politik atau penubuhan parti baharu.
Beliau turut berpandangan bahawa keputusan PRN tersebut seharusnya menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang berhasrat membentuk parti politik tanpa asas sokongan yang kukuh.




