
PUTRAJAYA, 13 Julai – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini melancarkan Tuah sebagai maskot rasmi Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-14 Tahun 2027 yang bakal berlangsung di Malaysia.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohamed Taufiq Johari, maskot itu dipilih bagi melambangkan semangat perpaduan, keberanian dan kecemerlangan, selain mencerminkan aspirasi Malaysia untuk menyatukan negara-negara ASEAN menerusi sukan. Nama Tuah membawa maksud kejayaan dan keberuntungan yang dicapai melalui usaha, disiplin, ketekunan serta semangat kebersamaan.
Pada majlis sama, KBS turut memperkenalkan logo rasmi serta tema “Raikan Perpaduan” (Celebrating Unity) yang akan menjadi identiti utama temasya dwitahunan tersebut, sekali gus menonjolkan semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan negara ASEAN.




