TempatanGaya Hidup

34,000 AKAUN PENGGUNA DI KELANTAN BAKAL NIKMATI BEKALAN AIR LEBIH STABIL SEPTEMBER INI

Kira-kira 34,000 akaun pengguna di sekitar Kota Bharu dijangka menikmati bekalan air yang lebih stabil apabila Loji Rawatan Air (LRA) Chicha 2 mula beroperasi sepenuhnya pada September ini. Projek berkapasiti 20 juta liter sehari itu kini berada di peringkat akhir pembinaan dan telah mencapai kira-kira 97 peratus kemajuan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin, loji baharu itu akan membantu meningkatkan kapasiti bekalan air, khususnya di kawasan yang sering berdepan gangguan. Loji tersebut menggunakan sumber air bawah tanah berkualiti tinggi, sekali gus dijangka menambah baik mutu bekalan kepada pengguna.

Kerajaan negeri optimis projek ini akan menjadi antara langkah penting dalam usaha memperkukuh sistem bekalan air di Kelantan, selain mengurangkan gangguan yang dihadapi pengguna di beberapa kawasan.