Tempatan

Menteri Dalam Negeri bertemu kepimpinan US Coast Guard di Washington

Tan Sri Razarudin bersama Datuk Seri Saifuddin Nasution telah berkunjung ke United States (US) Coast Guard.

Washington, 21 September 2023- Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkesempatan menemui Kepimpinan U.S. Coast Guard sebaik tiba di Washington D.C bagi membincangkan hubungan kerjasama strategik yang sedia terjalin di antara kedua-dua agensi Coast Guard Malaysia dan Amerika Syarikat.

Ketua Polis Negara (KPN) IG Tan Sri Razarudin Husain turut hadir bersama Menteri Dalam Negeri (MDN). Pertemuan diadakan sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu PBB ke – 78 2023  yang berlangsung di New York.

Pada pertemnuan tersebut, kedua pihak memperhalusi setiap butiran kerjasama yang sedia terjalin dan melihat ruang penambahbaikan yang boleh diusahakan bersama antara dua negara.

“Selain itu, saya juga menyambut baik kesediaan US Coast Guard untuk bersama-sama meneroka potensi kerjasama pembangunan kapasiti akan datang serta peluang ke arah menjalani latihan serta kelengkapan bersama.” Ujar Menteri Dalam Negeri.

Ini sejajar dengan usaha kita untuk memantapkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam menjaga kawalan sempadan maritim serta membanteras ancaman jenayah di kawasan perairan negara.

Sumber: Facebook Saifudin Nasution Ismail