LIGA Malaysia (Liga-M) terus menerima tamparan hebat apabila UiTM FC sah menarik diri daripada saingan Liga Super musim ini bagi menyusuli jejak Petaling Jaya City.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Presiden The Lion Troops, Profesor Dr. Sazili Shahibi, selepas dua musim beraksi di pentas Liga Super.
Selain masalah kewangan, Dr Sazili menjelaskan ada punca lain mengapa pihak pengurusan mengibarkan bendera putih.
“Ahli Lembaga Pengarah UiTM telah bermesyuarat dan (kami mengambil) keputusan untuk menarik diri daripada liga pada musim depan.
“Kewangan adalah salah faktornya, tapi kami rasa daripada segi kemampuan, ia tidak sesuai buat pemain-pemain kami,” katanya ketika dihubungi Astro Arena pada Rabu.
Sazili juga berhasrat memaklumkan UiTM bakal beralih ke saingan Liga M3 musim ini.
Untuk rekod, UiTM muncul pasukan berstatus universiti pertama yang layak beraksi dalam Liga Super.
Dalam pada itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFLhanya akan menjelaskan situasi berkenaan menerusi kenyataan rasmi bakal dalam masa terdekat selepas hanya 14 pasukan yang akan bertanding di pentas Liga Super musim ini.
Sumber: Stadium Astro