Tempatan

Sindiket edar rokok, arak tanpa cukai bernilai RM36 juta tumpas

Sebahagian rokok dan minuman keras yang dirampas dalam serbuan di beberapa premis di sekitar Cheras

KUALA LUMPUR – Kegiatan sindiket aktif mengedar rokok dan minuman keras tumpas dalam operasi khas yang dijalankan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, 7 September lalu.

Jumlah keseluruhan rampasan mencecah RM36 juta membabitkan serbuan di tiga lokasi berasingan sekitar Cheras yang dijadikan tempat pemyimpanan dan pembungkusan bahan terlarang itu.

Katanya, kesemua rokok kretek dan putih serta minuman keras jenis liquor itu dipercayai diseludup dari negara jiran sebelum dibungkus semula untuk edaran sekitar Lembah Klang dan Selangor.

“Operasi ini berjaya melumpuhkan sindiket terbesar yang aktif dalam pengedaran dan penjualan rokok dan minuman keras tanpa bayar cukai di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Sementara itu Pengarah KDNKA Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali ketika dihubungi mengesahkan serbuan berkenaan.

Kata beliau, lima individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung rampasan barangan terlibat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.