WORLD CUP 2026Sukan

SEPANYOL, ARGENTINA BURU TROFI PIALA DUNIA DAN HADIAH AS$50 JUTA

Sepanyol dan juara bertahan Argentina bakal berentap dalam aksi final Piala Dunia FIFA 2026 bagi merebut kejuaraan dunia serta hadiah wang tunai sebanyak AS$50 juta, kira-kira RM204.8 juta.

Argentina mara ke final selepas menewaskan England 2-1, manakala Sepanyol mengatasi Perancis 2-0 pada separuh akhir. Perlawanan akan berlangsung di Stadium New York New Jersey, Amerika Syarikat, pada jam 3 pagi Isnin waktu Malaysia.

Argentina memburu gelaran dunia keempat selepas kejayaan pada 1978, 1986 dan 2022, manakala Sepanyol mahu menjulang trofi buat kali kedua selepas menjadi juara pada 2010. Pasukan naib juara pula akan menerima AS$33 juta.