Hiburan

ROPIE PENGSAN KETIKA PENGGAMBARAN, DIPERCAYAI AKIBAT STROK HABA

Pelawak dan pelakon Ropie dilaporkan pengsan secara tiba-tiba ketika menjalani penggambaran di luar bangunan di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.

Rakan artisnya, Zalif Sidek berkata, suasana di lokasi bertukar cemas apabila Ropie tiba-tiba rebah. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada strok haba susulan keadaan cuaca panas dan jerebu ketika ini.

Ropie kemudian diberikan rawatan segera oleh petugas perubatan yang tiba di lokasi. Zalif turut berkongsi gambar yang menunjukkan pelawak berkenaan sedang dibantu oleh beberapa individu selepas kejadian.

Menurut Zalif, isteri Ropie memaklumkan bahawa keadaan suaminya sudah kembali stabil dan boleh makan seperti biasa. Bagaimanapun, Ropie dinasihatkan supaya mendapatkan rehat secukupnya.