Tempatan

PM Anwar Ibrahim Terpukul Pemergian Sahabatnya Dr Tanri Abeng Palehe

Anwar meluahkan rasa terkesan dengan pemergian sahabat beliau Dr Tanri Abeng Palehe (foto) yang meninggal dunia di Jakarta hari ini. Gambar: Facebook

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perasaan sedihnya atas pemergian sahabatnya, mantan Menteri Negara Pendayagunaan Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Dr Tanri Abeng Palehe yang meninggal dunia di Jakarta hari ini.

“Telah berpulang ke rahmatullah sahabat saya Dr H. Tanri Abeng bin Palehe. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Negara Pendayagunaan BUMN dalam Kabinet Presiden Soeharto.

“Sebagai sahabat saya tentunya terkesan dan mendoakan agar Tuhan mengampuni segala dosanya selama hidupnya.

“Semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, insya-Allah,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.

Memetik laporan ANTARA News, Tanri Abeng yang juga pernah berkhidmat di zaman pentadbiran Presiden BJ Habibie menghembuskan nafas pada usia 82 tahun.

Sumber: BERNAMA