
SEREMBAN: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan semua parti politik, penyokong dan orang ramai supaya tidak memainkan isu 3R (agama, kaum dan institusi diraja) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata semua pihak juga diminta menerima keputusan pilihan raya dengan hati terbuka serta menggunakan saluran undang-undang yang disediakan sekiranya ingin membuat sebarang bantahan. Beliau turut menggesa parti politik mengawal penyokong masing-masing agar tidak mencetuskan provokasi, menyebarkan berita palsu atau mengeluarkan kenyataan berunsur kebencian yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Menurut beliau, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan proses pilihan raya berlangsung dalam suasana aman, harmoni dan mematuhi undang-undang




