EkonomiTempatan

NILAI MoU MAHA 2026 CECAH RM9.3 BILION, ATASI SASARAN ASAL

Nilai memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 mencecah RM9.3 bilion, melebihi sasaran awal sebanyak RM8 bilion.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pencapaian itu mencerminkan keyakinan pelabur serta potensi besar sektor pertanian dan agromakanan negara.

MAHA 2026 turut mencatatkan sambutan menggalakkan apabila menerima 2.77 juta pengunjung dalam tempoh tujuh hari, dengan lebih 555,000 kenderaan direkodkan memasuki kawasan pameran.

Nilai jualan pula meningkat kepada RM16.3 juta. Mohamad turut menggalakkan penduduk sekitar Lembah Klang supaya mengambil peluang mengunjungi MAHA 2026 sebelum pameran berkenaan berakhir.