Sukan

Jordan Spieth dan Justin Thomas beli saham Leeds United.

PEMILIK tiga kejuaraan utama, Jordan Spieth, mengesahkan bahawa dia dan rakannya dalam golf, Justin Thomas, kini merupakan pemegang kepentingan minoriti di Leeds.

Mereka pada awalnya dijangka disertai oleh seorang lagi pemain golf profesional, Rickie Fowler, tetapi dia menarik diri daripada perjanjian berikutan kelab itu tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Mei lalu.

Spieth dan Thomas turut memiliki kepentingan dalam 49ers Enterprises — sebuah kumpulan pelaburan di Amerika Syarikat (AS) yang turut memiliki francais San Francisco 49ers — ketika mengambil alih kelab itu selepas bersetuju dengan perjanjian untuk membeli saham milik pengerusi, Andrea Radrizzani.

“Tersingkir bukanlah menarik tetapi kami tetap bekerjasama dengan kumpulan 49ers yang membeli sebahagian lebih besar kepentingan di Leeds United untuk menjayakannya dan fikir ia akan menjadi peluang yang sangat bagus,” kata Spieth.

“Sudah dibereskan. Saya sendiri dan Justin (Thomas) terlibat dalam kepentingan minoriti, sebaliknya lebih besar dalam organisasi 49ers.

“Mereka (49ers) mengadakan rundingan semula (selepas tersingkir) dan kemudian kami perlu memutuskan sama ada kami mampu memuktamadkannya mahupun tidak.

“Kami sentiasa mahu melakukannya dan ia mungkin menjadi tawaran yang lebih baik apabila mereka dinaikkan pangkat (ke EPL) tidak lama lagi.”

Ditanya mengenai penglibatan Fowler, Spieth menambah: “Saya tidak fikir begitu.

“Saya rasa dia memutuskan untuk tidak ikut serta sebaik sahaja Leeds tersingkir.”