Tempatan

JENAZAH ALLAHYARHAM KAPTEN ZAINOL AFIQ SELAMAT DIKEBUMIKAN DI SENAWANG

Jenazah juruterbang Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 31, selamat dikebumikan kira-kira jam 6 petang di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang.

Urusan pengebumian dilaksanakan selepas solat jenazah di Masjid Bandar Baru Senawang yang diimamkan oleh bapanya, Bee Sham Ahmad. Lebih 500 ahli keluarga, sahabat dan kenalan hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan serta Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan, Suhaimizan Bizar. Bapa Allahyarham turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu dan mendoakan keluarganya.

Allahyarham merupakan antara lima mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara berhampiran STOLport Long Lellang, Ulu Baram. Menurut bapanya, Allahyarham dikenang sebagai anak yang baik, menghormati orang tua dan gemar menyampaikan dakwah kepada rakan-rakan.