Sukan

FAM SEDANG LENGKAPKAN DOKUMENTASI BERGSON

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melengkapkan proses dokumentasi penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva, yang dikaitkan dengan peluang menyarung jersi Harimau Malaya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, pemain itu dijangka boleh mewakili negara dalam saingan Piala ASEAN FIFA sekiranya semua dokumen yang diperlukan lengkap.

Spekulasi mengenai penyertaan Bergson bersama skuad kebangsaan semakin hangat selepas penyerang berkenaan melengkapkan tempoh lima tahun bermastautin di Malaysia pada Februari lalu.

Kehadirannya berpotensi memperkuat jentera serangan negara menjelang kejohanan bulan depan. Bergson telah meledak 200 gol bersama JDT dan memegang rekod sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super dengan 132 jaringan.