Global

ENAM GUNUNG BERAPI INDONESIA MELETUS PADA HARI YANG SAMA

Enam gunung berapi aktif di Indonesia dilaporkan meletus pada 31 Ogos 2026. Bagaimanapun, pihak berkuasa mengesahkan setiap letusan berlaku secara berasingan dan tidak berpunca daripada satu proses geologi yang sama.

Gunung berapi terlibat ialah Gunung Ibu di Maluku Utara, Gunung Semeru di Jawa Timur, Gunung Lewotobi Laki-laki dan Gunung Ile Lewotolok di Nusa Tenggara Timur.

Dua lagi ialah Gunung Anak Krakatau di Selat Sunda dan Gunung Sinabung di Sumatera Utara. Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) menjelaskan bahawa setiap gunung mempunyai sistem magma serta proses vulkaniknya sendiri.

Ketua PVMBG, Rita Susilawati berkata, kejadian beberapa gunung berapi meletus pada hari sama bukan sesuatu yang luar biasa kerana Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik dan mempunyai 127 gunung berapi aktif.