Gaya Hidup

Eksklusif: Pengalaman Bersantap Megah di Outlet Baru Damascus!

Shawarma antara menu yang menjadi pilihan utama para pelanggan mereka.

Kuala Lumpur: Damascus telah mengumumkan pembukaan sebuah outlet tiga tingkat yang megah di tengah-tengah Bukit Bintang! Terkenal dengan hidangan menarik seperti shawarma, shish tawook dan kebab.

Damascus telah memperkenalkan kehadirannya dengan dua outlet iaitu satu di Sungei Wang Plaza dan yang lainnya hanya di sebelah Bukit Bintang.

Sekarang, dengan pembukaan megah bangunan tiga tingkat mereka, para pelanggan dapat merasai citarasa autentik pada tahap yang maksima. Ikuti @damascusbbqkl untuk info terkini!