![](https://liputanmalaysia.my/wp-content/uploads/2023/11/image-46.png)
PERTAHANAN negara, Dion Cools, hampir dipukul dalam satu insiden pergaduhan pemain selepas perlawanan di antara Zhejiang dan Buriram United dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di China malam tadi.
Dalam video yang tular di media sosial, berlaku pergaduhan besar di antara pemain kedua-dua pasukan sebaik Zhejiang meraih kemenangan 3-2 ke atas Buriram.
Pemain nombor 10 Buriram, Ramil Sheydayev, dilihat dibelasah beramai-ramai oleh pemain tuan rumah.
Ketika Cools ingin meleraikan satu lagi insiden pergaduhan, dia ditolak dan diprovokasi oleh pemain dan pegawai pasukan lawan.
![](https://liputanmalaysia.my/wp-content/uploads/2022/11/LMAds3.jpeg)