
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala berprofil tinggi sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, India pada 12 dan 13 September.
Antara pemimpin yang bakal ditemui beliau ialah Perdana Menteri India, Narendra Modi; Presiden Rusia, Vladimir Putin; dan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian. Anwar turut dijadual bertemu Presiden Kazakhstan, Perdana Menteri Ethiopia serta Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia.
Malaysia akan menyertai sidang berkenaan sebagai Negara Rakan BRICS dan membawa kerangka “Kemanusiaan Diutamakan”. Penyertaan itu menjadi platform untuk menyuarakan aspirasi Negara-negara Selatan serta memperkukuh kerjasama ekonomi yang inklusif, saksama dan saling menguntungkan.
Dalam lawatan kerja dari 11 hingga 14 September, Anwar dijadual menyampaikan Kenyataan Negara pada 13 September. Beliau kemudian akan ke Kerala untuk membincangkan kerjasama pendidikan, kesalinghubungan dan pelaburan bersama pemimpin agama serta kerajaan negeri berkenaan.




