
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencuri perhatian apabila hadir ke Dataran Putrajaya bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
Menerusi siaran langsung di TikTok, negarawan berusia 101 tahun itu dilihat melambaikan tangan kepada pengunjung sambil menggunakan kerusi roda elektrik. Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai.
Orang awam dan anggota keselamatan mengambil peluang untuk bersalaman serta berswafoto dengannya. Dr Mahathir turut menyampaikan ucapan ringkas sempena Hari Kebangsaan ke-69 melalui laman Facebook rasminya.
Ini bukan kali pertama Dr Mahathir menghadiri sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya, namun merupakan penampilan sulungnya menggunakan kerusi roda. Pada Januari lalu, beliau menjalani pemulihan di Institut Jantung Negara selepas mengalami patah tulang pinggul akibat terjatuh ketika bersenam.




