JenayahGlobal

PERTIKAIAN HUTANG CETUS TRAGEDI BEKAS AHLI PARLIMEN THAILAND

– Photo Reuters –

NONTHABURI: Bekas Ahli Parlimen Thailand, Chalong Riewraeng, ditahan selepas disyaki menembak rakan baiknya, Thongchai Yenprasert, di pejabat Pertubuhan Pentadbiran Wilayah Nonthaburi pada Isnin.

Thongchai yang mengetuai pentadbiran wilayah berkenaan mengalami kecederaan parah pada muka dan leher sebelum disahkan meninggal dunia di hospital. Pemandunya turut terkena tembakan pada lengan, namun dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Chalong mendakwa kejadian berpunca daripada pertikaian hutang berjumlah 11 juta baht selepas Thongchai dikatakan enggan memulangkan wang berkenaan. Bagaimanapun, polis masih menyiasat dan belum mengesahkan dakwaan hutang itu sebagai motif pembunuhan.

Selepas kejadian, suspek menghubungi seorang penyampai berita ketika siaran langsung dan mengaku melepaskan beberapa das tembakan. Dia kemudian menyerah diri sebelum dibawa ke Balai Polis Rattanathibet untuk siasatan lanjut.