Sukan

KEJAYAAN GLASGOW SERLAHKAN KEHEBATAN JURULATIH TEMPATAN

Pencapaian cemerlang kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow 2026 membuktikan jurulatih tempatan mempunyai kemampuan dan kredibiliti untuk melahirkan atlet bertaraf antarabangsa.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin, berkata kejayaan yang diraih atlet negara bukan sahaja hasil usaha gigih para atlet, malah turut mencerminkan dedikasi serta kepakaran jurulatih tempatan dalam merancang latihan dan strategi pertandingan.

Menurut beliau, pencapaian itu diharap dapat meningkatkan keyakinan terhadap keupayaan tenaga kejurulatihan tempatan serta membuka lebih banyak peluang kepada mereka untuk membimbing atlet di peringkat tertinggi.

Jefri turut berharap prestasi membanggakan di Glasgow 2026 menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan negara, sekali gus melahirkan lebih ramai atlet yang mampu mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa.