EkonomiGlobal

MALAYSIA, IRAN PERKUKUH KERJASAMA DALAM SEKTOR PERTANIAN

Foto Facebook/Mohamad Sabu

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iran bagi membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam sektor pertanian dan agromakanan antara kedua-dua negara.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan potensi memperluaskan perdagangan produk pertanian, termasuk peningkatan eksport beberapa produk Malaysia ke Iran serta membuka peluang pasaran bagi produk daging dan tenusu. Mereka turut menyentuh cadangan memuktamadkan Memorandum Persefahaman (MoU) yang kini berada di peringkat teknikal.

Selain itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada usaha memperluaskan pemindahan teknologi pertanian bagi meningkatkan produktiviti dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Mohamad Sabu turut menyatakan penghargaan terhadap pendekatan Iran dalam memastikan keterjaminan bekalan makanan walaupun berdepan pelbagai cabaran.