
Kira-kira 110,000 warga Palestin telah meninggalkan Rafah di selatan Semenanjung Gaza sejak tentera Israel mula mara ke bandar itu, menurut laporan Agensi Berita Jerman (dpa) yang mengutip Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Jumaat.
Melalui kenyataan di X, UNRWA menyatakan bahawa tidak ada tempat yang aman di Semenanjung Gaza bagi penduduk Palestin ketika keadaan kehidupan menjadi sangat teruk.
“Satu-satunya harapan ialah gencatan senjata dengan segera,” kata UNRWA.
Pihak berkuasa sempadan Palestin menyatakan bahawa lintasan sempadan Rafah ke Mesir masih terus ditutup untuk penghantaran bantuan kemanusiaan.
