
Vienna, Austria, 15 Mac 2024 – YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri juga turut mengadakan lawatan ke Pusat Tahanan Polis di Vienna, Austria.
Delegasi Malaysia telah disambut dan diberikan taklimat oleh Lieutenant Colonel Roland Frühwirth, Head of Detention Centre di Pusat Tahanan Polis tersebut. Pusat tersebut boleh menempatkan seramai 250 orang tahanan warga asing dalam satu-satu masa, sebelum mereka dihantar pulang ke negara asal.
Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN dan YDH CP Dato’ Sri Kamaruddin Md Din, Pengarah Jabatan Keselamatan Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), PDRM dan TYT Ikram bin Mohammad Ibrahim, Duta Besar Malaysia ke Republik Austria dan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan-Pertubuhan Antarabangsa di Vienna.
