
Kesemua 10,000 tiket MADANI bagi perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah habis terjual. Tiket khas untuk rakyat Malaysia itu ditawarkan pada harga RM200 sekeping.
Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, tiada penambahan kuota diumumkan setakat ini. Bagaimanapun, kerajaan mungkin mempertimbangkan pembukaan kawasan tontonan tambahan sebelum acara bermula.
Perlumbaan berprestij tersebut dijadualkan berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026 dengan kehadiran lebih 110,000 penonton dijangkakan berdasarkan kapasiti yang tersedia.
Seramai 500 sukarelawan Rakan Muda turut akan digerakkan bagi membantu penganjuran F1, termasuk dalam urusan khidmat pelanggan, tiket, kemasukan, sambutan tetamu dan pengurusan kawasan MADANI.




